Dengan iman,
anda dapat terus-menerus mengalami kasih dan pengampunan
Tuhan:
Walaupun anda sedang berjalan
dalam Roh Kudus, namun apabila anda teringat bahawa ada
bahagian-bahagian dalam hidup anda yang tidak memuaskan hati
Tuhan (baik dalam sikap hati, mahupun dalam tindakan), anda
harus mengucap syukur bahawa Tuhan telah mengampunkan dosa
anda pada masa lalu, sekarang dan masa yang akan datang oleh
sebab kematian Kristus di atas salib. Kemudian, dengan iman
hendaknya anda berpegang teguh pada kasih dan pengampunan
Tuhan; lalu terus-menerus hidup dalam persekutuan dengan Dia.Apabila anda merebut kembali takhta hidup anda kerana jatuh dalam dosa (suatu tindakan ketidaktaatan melawan Tuhan), hendaknya anda bernafas secara rohani.
Pernafasan
Rohani adalah latihan
iman yang memungkinkan anda sentiasa mengalami kasih dan
pengampunan Tuhan dari saat ke saat:
1. Menghembuskan nafas - mengeluarkan udara kotor: mengaku dosa, sesuai dengan 1 Yohanes 1:9. Pengakuan dosa meliputi pertaubatan, iaitu perubahan dalam sikap hati dan tindakan.
2. Menarik nafas - menghirup udara yang bersih: menyerahkan kembali takhta hidup anda kepada Kristus dan menerima kepenuhan Roh Kudus, dengan iman. Yakinlah bahawa Roh Kudus sekarang mengendalikan hidup anda, sesuai dengan perintah-Nya dalam Efesus 5:18 dan janji-Nya dalam 1 Yohanes 5:14,15